SALAH DAFTAR IC

SALAH DAFTAR IC

IC (Kad Pengenalan), Passport, Nombor Tentera atau Polis adalah pengenalan diri bagi setiap individu. SKMM telah menetapkan setiap individu yang menggunakan perkhidmatan telekomunikasi perlu mendaftarkan pengenalan diri yang dengan telco masing-masing.

Sewaktu pendaftaran simkad Tone Plus juga, maklumat IC (Kad Pengenalan), Passport, Nombor Tentera atau Polis adalah wajib untuk di lengkapkan.

Apa yang perlu saya buat, saya dah tersalah daftar IC semasa daftar Tone Plus?

1. Semak dan kenalpasti kesalahan pendaftaran IC Tone Plus yang dibuat.

2. Maklumkan kepada SC / PSC / Branch berdekatan anda, bahawa ada melakukan kesilapan semasa masukkan IC (kad pengenalan) semasa pendaftaran Tone Plus.

Email HQ: hq.care@tonegroup.net

* SC/PSC/BR jangan lupa CC sekali email perospek semasa anda hantar email ke HQ

Maklumat berikut diperlukan oleh SC/PSC/Branch untuk membetulkan kesilapan anda. Permohonan berikut akan dihantar oleh mereka untuk tindakan lanjut pihak Tone Plus & Tune Talk.

1. Nombor TPA : No ID Tone Plus yang salah anda daftarkan IC nya.

2. Nombor IC yang salah daftar.

3. Nombor IC yang sebetulnya.

SC/PSC/BR sila print screen dan emailkan kan juga maklumat “request form” kepada pihak HQ.

Sekiranya pembetulan melibatkan IC dengan No. Tentera/Polis, sila pastikan anda lampirkan salinan IC (softcopy) kepada SC/PSC/BR untuk diemailkan bersama ke HQ.

3. Dan sila semak semula dengan ahli anda, selepas 24 jam adakah kesilapan tersebut telah diperbetulkan. Maklumkan semula dengan pihak HQ Tone Plus sekiranya permasalahan tersebut masih belum selesai.

HQ akan sertakan nombor rujukan kes yang dilaporkan. Sekiranya masih belum berjaya dalam tempoh 48 jam, sila hubungi HQ semula untuk tindakan lanjut.

Bagaimana dengan proses kekal nombor lama (port-in), IC dah salah?

Pendaftaran ahli di Tone Plus tetap berjaya macam biasa, cuma dengan IC yang salah. Dan proses kekal nombor lama sudah pasti tidak berjaya, kerana IC di Tone Plus dan di telco lama adalah berbeza.

Jangan risau, tunggu sehingga proses pertukaran IC dibetulkan dahulu oleh pihak Tone Plus & Tune Talk, dan minta SC/PSC/Branch buat proses kekal nombor lama (re-port in) semula.