PANDUAN PENDAFTARAN KEAHLIAN TONE PLUS SECARA SMS

PANDUAN PENDAFTARAN KEAHLIAN TONE PLUS SECARA SMS

Bermula 15hb Disember 2013, sebagai pilihan alternatif, anda boleh mendaftarkan keahlian anda menerusi SMS. Cara SMS ini amat memudahkan terutama bagi mereka yang melakukan bisnes ini secara “Offline”.

Ini kerana anda hanya perlu menghantar SMS sahaja untuk mengaktifkan SimKad dan mendaftarkan diri ke dalam program ini tanpa perlu membuka mana-mana laman web.

Cara mendaftar ahli TONE PLUS melalui SMS adalah seperti berikut:

1. SIM KAD Tone Plus perlu ada di tangan. (Wajib)

2. Format SMS penuh terkini adalah seperti berikut :

TPD jarak 8 NO.TERAKHIR NO.SIRI SIMKAD jarak PUK jarak NO.PUK SIMKAD jarak NAMA PENUH jarak NO. IC/NO PASSPORT jarakALAMAT jarak POSKOD jarak TELCO LAMA jarak NO.TELEFON LAMA jarak BANK jarak NO.AKAUN jarak TPA jarak ID PENAJA jarakNAMA PENAJA

atau ringkasnya seperti berikut:

TPD <NoSimKad8Terakhir> PUK <No.PUK> <NamaPenuh> <NoIC/Passport> <Alamat> <Poskod> <TelcoLama> <NoLama> <Bank> <NoAkaun> TPA <IDPenaja> <Nama Penaja>

Contoh:

TPD 85047497 PUK 19089167 Ali Bin Mamat 651921085518 No 2, Jalan Pahang, Kg Limau 56000 MAXIS 0122655383 CIMB 125823681938 TPA060461 Zul Emran
Nota:

** Arahan berwarna biru tidak wajib. Ia boleh ditinggalkan.

** Dapatkan 8 No. terakhir Serial Number Simkad anda dan No. PUK di belakang Simkad.

** jika anda tidak mahu membuat kekalkan nombor lama, anda boleh tinggalkan kosong maklumat (TelcoLama) dan (NoLama).

** Jika anda tidak mahu memasukkan maklumat bank, anda juga boleh meninggalkan kosong ruang (Bank) dan (NoAkaun). Anda dinasihatkan untuk mengedit sendiri maklumat ini di akaun keahlian anda kemudian hari.

** Sila pastikan Nama dan No.IC/Passport betul, untuk mengelakkan masalah tuntutan insuran.

** Sila masukkan tarikh lahir selepas No.Passport (kebiasaannya No.Passport tidak menunjukkan tarikh lahir)

** Pastikan maklumat ID Penaja anda adalah betul. Sila tanya Penaja anda. Jika silap, ia tidak boleh diperbetulkan lagi. Sebagai maklumat, nombor TPA060461 seperti contoh diatas adalah nombor ID keahlian ADMIN Zul Emran jika saya adalah Penaja anda.

Hantarkan SMS anda ke DEC (Data Entry Centre)

DEC 1 : 010 800 9636
DEC 2 : 010 800 4457
DEC 3 : 010 800 9883

Setelah pendaftaran selesai, anda akan menerima SMS pemberitahuan tentang keahlian baru tersebut melalui SMS.
( Proses Pendaftaran Keahlian akan mengambil masa selewat-lewatnya 24jam, dan Proses pengekalan nombor lama akan mengambil masa selewat-selewatnya 48jam.)